Kempen Anti Kutu Sampah - Sekadar lepaskan batuk di tangga? « Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah - PAS Sabah:
"Pada 1 Januari 2009,
Majlis Perbandaran Tawau telah melancarkan Kempen Anti Kutu Sampah dengan mensasarkan Bandar Tawau akan menjadi “Bandar Bersih” dalam temph 6 bulan yang akan datang. Dan ianya telah dirasmikan oleh Presiden MPT pada ketika itu Haji Salsidu Haji Ibrahim.
Pemuda Tawau sebagai rakyat tempatan Tawau menyokong 100% usaha ini sebab Islam memang cintakan kebersihan. Namun begitu, selepas hampir 3 bulan dilancarkan, apakah perubahan yang dapat dilihat? Adakah sekadar pemasangan tong tong sampah gantung sebanyak 83 buah, pemasangan banting, pemasangan papan tanda, pembersihan dan keindahan boleh dijadikan bahan ukuran?
Sepatutnya MPT menitik beratkan aspek Penguatkuasaan Undang-undang (By Law 8(1) 9 (1) Tawau Municipal Council (Anti Litter) By Law ,1984).
Sepanjang pemantauan Pemuda Tawau, sampah sampah sangat mudah kelihatan di mana mana sahaja dan kempen ini umpama sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja tanpa ada penguatkuasa MPT yang benar benar berusaha menguatkuasakan undang undang tersebut.
Sudahkah ada sesiapa yang diambil tindakan undang undang atas kesalahan membuang sampah ini??? Adakah sesiapa mengadu tentang kesalahan yang dibuat oleh orang lain??? semua ini hanya boleh dijawab oleh pihak berkuasa MPT.
Pemuda Tawau juga telah cuba membuat aduan melalui laman web MPT seperti mana disebut dalam poster berkenaan di atas, namun GAGAL sebab tiada langsung pautan (link) atau borang aduan terdapat di dalam laman web tersebut. (setakat 24 Mac 2009, pukul 8pm)
Jadi adakah kempen ini kempen “Gajah Putih”? Berapakah agaknya kos yang telah digunakan untuk kempen ini?
fikir-fikirkanlah."
Monday, April 20, 2009
Kempen Anti Kutu Sampah - Sekadar lepaskan batuk di tangga? « Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah - PAS Sabah
Posted by Mr ILHAM at 12:09 AM 0 comments
Thursday, April 16, 2009
TAMAN TIKUS
Sungguh pelik dan menghairankan kerana rakyat Malaysia begitu membenci binatang yang digelar tikus tetapi tidak bagi orang Tawau Sabah. Tidak hairanlah satu-satunya daerah yang menyediakan taman khas untuk tikus adalah daerah Tawau yang dikenali sebagai Taman Tikus. Mungkin para pembaca yang berada diluar daerah Tawau tidak percaya tetapi inilah kebenarannya, daerah Tawau ada Taman Tikus.Sebenarnya Taman Tikus bukanlah taman khas untuk tikus tetapi tempat penduduk Tawau berehat setelah penat pusing-pusing di bandar Tawau. Tempat ini juga biasanya menjadi pilihan uda dan dara bertemu. Tidak dapat dipastikan bagaimana Taman Tikus ini mendapat nama tetapi ada yang berpendapat nama ini mungkin diambil berikutan banyak tikus-tikus tidak berbulu berkeliaran di taman ini pada waktu malam selain daripada tikus asli.Mungkin ada yang tertanya-tanya dimana agaknya letaknya Taman Tikus ini. Ha ! Taman Tikus ni terletak di Sabindo Tawau. Jika anda sudah rasa penat membeli-belah pergilah di Taman Tikus untuk berehat. Mengenai kemudahan cuma ada tempat duduk sahaja tapi taklah empuk..batu. Terasa lapar, restoran depan Taman Tikus saja.Jika anda ada kesempatan ke Tawau, jangan lupa lepak di Taman Tikus. Nikmatilah pemandangan yang sejukkkkkkkk di Taman Tikus.
Posted by Mr ILHAM at 12:00 AM 0 comments
Wednesday, April 15, 2009
PASAR GANTUNG
Posted by Mr ILHAM at 11:42 PM 0 comments
PASAR IKAN TAWAU
Nak beli ikang...hehheeh...murah bah...
1kg RM 1.00 tulang nya saja...
pergi ke tawau membeli mangga,
lapar perut ku,ku beli ikang,
ikang ku beli mahal harganya,
takda wangku..ku iseng-iseng,
Pantun 4 kerat...
hehheheehee....
Posted by Mr ILHAM at 11:32 PM 0 comments
BAHASA TAWAU BAH
Bahasa Tawau
Bahasa Tawau adalah antara bahasa yang mempunyai banyak campuran bahasa seperti Melayu, Indonesia, Cina, Inggeris dan Bumiputra dan ia seakan-akan berbunyi atau kedengaran agak kasar tetapi ia adalah bahasa harian yang digunakan oleh masyarakat tawau disini.
Antara perkataan yang dikatakan setiap kali digunakan bagi penduduk daerah ini ialah:
Kompek - beg plastik (Bachok ambekkan aku kompek tu bah)Bachok diarahkan mengambil beg plastik.
Ndak - tidak (Rancangan kita ndak jadi lah)Rancangan mereka tidak menjadi.
Ayok - mari,jom jalan (ayok la bah)Jom lah.
Bacchat - marah, tekanan (kau ni bikin baccaht bah)Awak ni buat aku marahlah.
Betrep - bergaya, berlagak (kau ni betrep jak bha)Awak suka berlagak la.
Ngam - sesuai, tepat (ngam la kalau begitu)Tepat juga kalau begitu.
Concang - kongsi (ui lapar aku ni concang ya)Saya lapar, kongsi makan ya.
Piring - pinggan (ambilkan piring tu)Tolong ambilkan pinggan itu.
Sendok - sudu (sendok ni patah dak lama)Sudu itu akan patah tidak lama lagi.
Kebak - potongan rambut tidak sama rata (kebak rambutku)Potongan rambut saya tidak rata.
Kasik - beri barang (kasik barang tu sama Kassim)Beri barang tu dengan Kassim.
Tapok - sembunyi (ui di tapok lagi seliparku bah)Selipar saya disembunyikan lagi lah.
Pigi – pergi kesesuatu tempat (pigi la sana)Pergi lah ke sana.
Bebeng - air liur masa tidur (bebeng mu bah itu lap-lap la)Air liur kamu mesti dibersihkan.
Lap – kain kotor atau pengelap (tolong lap lantai ni)Tolong bersihkan lantai ini.
Dak da - tidak ada (dakda bah duit ku)Saya tidak ada duit.
Dok sah - tidak paya (doksa la kau pi sana Acok)Acok tidak paya kau ke sana.
Hambur - berselerak (hamburnya rumah mu ni)Berselerak rumah kamu ni.
Jellek - tidak cantik (kenapa makin jellek mukaknya tu)Muka dia makin tidak cantik
Bikin -buat (bikin marah jak kau ni)Kamu ni buat aku marah.
Temberang - sombong (temberang sudah dia)Dia sombong.
Bantut - pondan (bantut semakin banyak)Pondan semakin banyak.
Pinggir – tepi (tolong pinggir encikTolong ke tepi encik.
Pegal - tekanan, marah (pegalnya aku dilemparnya aku taik ayam)Marah aku bila dia membaling tahi ayam pada aku.
Tabla - curi (tabla ayam jak kerjamu bah)Kamu suka curi ayam ya.
Ambek - ambil (ambekmu mu semua ni ya)Kamu ambil saja semua ini.
Jap - penumbuk (kenak jap la kau ni)Aku bagi penumbuk dengan kamu ni.
Patak-patak - Kongsi (patak-patak kita beli sanggar)Kongsi duit untuk beli goreng pisang.
Saplak – Penampar (aku saplak lah ni)Orang yang mahu kenak penampar.
Keroyok – belasah,pergaduhan beramai-ramai (kenak keroyok aku)Aku dibelasah.
Gerodok – belasah (menggerodok kami tadi)Kami membelasah sebentar tadi.
Pok siring – ambil kesempatan (kuat pok siring kau ni)Awak ni suka ambil kesempatan.
Hambur – tabur (hambur baja di pasu itu)Tabur baja di sekeliling pasu.
Sot-sot - gila-gila (dak lama sot-sot kau ni)Tidak lama awak akan gila-gila.
Sembarang - apa-apa saja (sembarang jak kau cakap ya)Apa-apa saja yang kau katakan.
Lanjik - perempuan yang gedik (lanjiknya perempuan ni)Perempuan itu nampaknya gedik.
Ember - baldi (penuh sudah air di ember tu)Air sudah penuh dalam baldi itu.
Getek - lelaki yang gatal (geteknya lelaki tu)Lelaki itu gatal.
Bikin - buat (bikin marah bah ni anak)Anak ni buat aku marah.
Kilik - otak kurang waras (kilik bah kau ni)Kamu kurang waras agaknya.
Ada juga beberapa perkataan yang digunakan semasa kagum, terkejut dan mengejut seperti:
Wei - (wei pigi mana kamu nanti)
Ui - (ui apa yang kau cakap tadi)
Ai - (ai menjadi pulak perangainya ni)
Be - (be lainnya jugak kau ni)
Oi - (oi jangam lambat pulang ya)
Dui – (dui belambat kau sana)
Sememangnya bahasa tawau dipercayai campuran dari pelbagai bangsa dan kaum yang ada di daerah ini.Saya memohon maaf jika terdapat bahasa yang kurang selesa dan kasar
Posted by Mr ILHAM at 10:57 PM 7 comments
NASI BAMBONG
Posted by Mr ILHAM at 9:04 PM 0 comments