CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 16, 2009

TAMAN TIKUS

Sungguh pelik dan menghairankan kerana rakyat Malaysia begitu membenci binatang yang digelar tikus tetapi tidak bagi orang Tawau Sabah. Tidak hairanlah satu-satunya daerah yang menyediakan taman khas untuk tikus adalah daerah Tawau yang dikenali sebagai Taman Tikus. Mungkin para pembaca yang berada diluar daerah Tawau tidak percaya tetapi inilah kebenarannya, daerah Tawau ada Taman Tikus.Sebenarnya Taman Tikus bukanlah taman khas untuk tikus tetapi tempat penduduk Tawau berehat setelah penat pusing-pusing di bandar Tawau. Tempat ini juga biasanya menjadi pilihan uda dan dara bertemu. Tidak dapat dipastikan bagaimana Taman Tikus ini mendapat nama tetapi ada yang berpendapat nama ini mungkin diambil berikutan banyak tikus-tikus tidak berbulu berkeliaran di taman ini pada waktu malam selain daripada tikus asli.Mungkin ada yang tertanya-tanya dimana agaknya letaknya Taman Tikus ini. Ha ! Taman Tikus ni terletak di Sabindo Tawau. Jika anda sudah rasa penat membeli-belah pergilah di Taman Tikus untuk berehat. Mengenai kemudahan cuma ada tempat duduk sahaja tapi taklah empuk..batu. Terasa lapar, restoran depan Taman Tikus saja.Jika anda ada kesempatan ke Tawau, jangan lupa lepak di Taman Tikus. Nikmatilah pemandangan yang sejukkkkkkkk di Taman Tikus.

0 comments:

KUHARA POINT